PRUmy child memberikan anda :
PERLINDUNGAN LENGKAP untuk setiap peringkat hidup anak anda… SEBELUM LAHIR LAGI
PENINGKATAN pada pelan anak anda dengan pelbagai perlindungan BARU & DIPERLUAS*
PERLINDUNGAN TAMBAHAN untuk IBU BAPA*
Menyemai benih ke arah DANA PENDIDIKAN YANG TERJAMIN untuk anak anda
Sebagai ibu bapa, anda tahu anak anda berhak mendapat yang terbaik. Anda mahu memberikan anak anda kelebihan awal dalam hidup dengan memberikan mereka perlindungan terbaik dan menjamin masa depan pendidikan mereka. Namun memang sukar untuk mencari keseimbangan antara perlindungan dan pendidikan ini, terutamanya memandangkan hidup ini yang sukar diduga dan kos pendidikan tinggi yang semakin meningkat.
Prudential kini menawarkan PRUmy child, pelan pertama seumpamanya yang menawarkan perlindungan dalam tempoh penting kehamilan dan semasa bayi, berbanding dengan kebanyakan pelan konvensional yang tidak menyediakan sebarang perlindungan untuk anak semasa peringkat awal bayi. Selain itu, keabnormalan kongenital mungkin tidak dilindungi di bawah pelan juvenil yang biasa. Dengan PRUmy child, ibu bapa kini boleh yakin bahawa bayi mereka akan dilindungi sepenuhnya dari sebelum lahir lagi!
Jadi, bagaimana anda melindungi masa depan pendidikan anak anda? Dengan PRUmy child, anda boleh menguruskan DAN menjamin** dana pendidikan anak anda seawal mungkin. Anda juga berpotensi meraih pulangan yang lebih tinggi dalam jangka panjang dengan melabur dalam mana-mana dana PRUlink atau PRUlink education.
Tiada pelan lain yang menyeimbangkan perlindungan dan pendidikan dengan lebih komprehensif selain daripada pelan PRUmy child - pelan inovatif yang menggabungkan pelaburan, perlindungan dan ciri-ciri yang fleksibel.
Ambillah masa untuk memfokus kepada apa yang benar-benar penting - anak anda.
» Manfaat
PERLINDUNGAN LENGKAP bagi setiap peringkat dalam hidup anakanda… SEBELUM LAHIR LAGI
PRUmy child memberikan anda kawalan dan kefleksibelan untuk mereka pelan yang lengkap untuk anak anda. Menawarkan pilihan manfaat perlindungan yang tiada tandingannya yang meliputi manfaat kesihatan, kemasukan ke hospital, kemalangan dan penyakit kritikal, anda boleh yakin bahawa masa depan anak anda terjamin.
PERTINGKATKAN pelan anak anda dengan pelbagai perlindungan BARU & DIPERLUAS*
Bertujuan untuk memberi anda ketenangan fikiran dalam hal keperluan anak anda,manfaat baru PRUearly start dan PRUbest start di bawah pelan ini menawarkan anak anda perlindungan dalam tempoh penting kehamilan dan semasa bayi di bawah
Manfaat Penjagaan Kehamilan dan Manfaat Penjagaan Anak.
Anda boleh menjamin kesejahteraan anak anda dengan PRUessential child baru yang menawarkan perlindungan untuk penyakit tertentu anak seperti leukemia, artritis reumatoid juvenil teruk dan epilepsi (untuk senarai lengkap, sila rujuk dokumen polisi).
PERLINDUNGAN TAMBAHAN untuk IBU BAPA
Bagaimana anda hendak memastikan anak anda akan sentiasa menikmati perlindungan dan manfaat yang berterusan sekiranya kejadian yang tidak diingini menimpa anda?
Sekiranya ibu bapa yang diinsuranskan mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) sebelum umur 70 tahun, meninggal dunia atau disahkan menghidap penyakit kritikal (di mana yang berkenaan), anda boleh yakin bahawa pelbagai keperluan anda akan dipenuhi seperti berikut:
Keperluan serta-merta
Manfaat PRUterm (Ibu Bapa) dan Crisis Cover Plus (Ibu Bapa) menyediakan bayaran sekali gus untuk menolong menampung perbelanjaan serta-merta seperti pinjaman dan bayaran kad kredit.
Perbelanjaan harian
Pilihlah untuk mempertingkatkan lagi pelan anak anda dengan PRUfamily income atau PRUfamily double income yang memberikan anak anda pendapatan bulanan untuk menolong membayar perbelanjaan sara hidup harian.
Perbelanjaan masa depan
Dengan manfaat Parent Payor, premium akan terus dibayar bagi pihak anda demi memastikan pelan ini berterusan, dan anak anda terus dilindungi dan dana pendidikan masa depan mereka terus terjamin.
Menyemai benih ke arah DANA PENDIDIKAN YANG TERJAMIN untuk anak anda
Adakah anda cukup bersedia apabila tiba masanya anak anda menduduki pendidikan tinggi? Dengan PRUsaver kid atau PRUedusaver, anda boleh mula membina dana pendidikan anak anda dan berpotensi meraih pulangan yang lebih tinggi menerusi siri dana PRUlink atau PRUlink education. Anda boleh memilih untuk menerima pembayaran bagi pendidikan anak anda apabila mereka memasuki institusi pengajian tinggi pada bila bila masa di antara umur 18 - 25 tahun hari lahir berikut.
» Mengenai PRUmy child
1. Apa itu PRUmy child?
PRUmy child adalah pelan insurans berkaitan pelaburan premium tetap yang bertujuan untuk memenuhi keperluan perlindungan anda dan anak anda, lantas membolehkan anda merancang dahulu untuk masa depan mereka… hari ini.
2. Apakah manfaat yang ada dalam pelan ini?
Untuk anak
Sekiranya sesuatu yang tidak diingini menimpa anak anda, misalnya kematian,
manfaat yang akan dibayar ialah:
• Jumlah Diinsuranskan & jumlah nilai unit di dalam akaun1
Sekiranya anak anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD):
(a) sebelum umur 16 tahun, jumlah diinsuranskan maksimum akan dibayar (tertakluk
kepadaRM500,000setiap hayat); atau
(b) selepas umur 16 tahun tetapi sebelum umur 70 tahun, jumlah diinsuranskan
maksimum akan dibayar (tertakluk kepada jumlah RM4 juta setiap hayat)
Sekiranya berlaku TPD, jumlah diinsuranskan akan dibayar tertakluk kepada bayaran sekali gus maksimum sebanyak RM1 juta apabila tuntutan dibuat. Baki jumlah diinsuranskan akan dibayar pada ulang tahun pertama TPD2. Apabila berlaku kematian lebih awal, baki jumlah diinsuranskan akan dibayar serta-merta.
Pada kematangan pelan
Nilai semua unit di dalam akaun akan dibayar apabila anak anda mencapai umur 100 tahun pada hari lahir mereka yang berikut.
Pada serahan
Nilai unit di dalam akaun pada masa serahan.
Untuk ibu mengandung
Tidak terlalu awal untuk memulakan perlindungan dengan manfaat PRUearly start atau PRUbest start yang menawarkan Manfaat Penjagaan Anak dan Manfaat Penjagaan Kehamilan untuk ibu-ibu mengandung dan bayi dalam kandungan mereka.
Sila rujuk Risalah PRUearly start / PRUbest start untuk butir-butir lanjut.
1 Bagi kematian anak yang berlaku selepas 30 hari dari kelahiran. Walau bagaimanapun, bagi kematian anak
yang berlaku sebelum kelahiran dan sehingga 30 hari dari kelahiran, manfaat yang akan dibayar ialah jumlah
premium yang telah dibayar atau jumlah nilai unit di dalam akaun, mana-mana yang lebih tinggi.
2 Tertakluk kepada bukti hilang upaya yang berterusan.
Nota: Bagi pelan juvenil, sekiranya berlaku kematian, penyakit kritikal atau TPD sebelum umur 5 tahun, perkadaran jumlah asas diinsuranskan yang dibayar ialah pada umur 1 tahun hlb (hari lahir berikut): 20%, umur 2 tahun hlb:40%, umur 3 tahun hlb: 60%, umur 4 tahun hlb: 80%, umur 5 tahun hlb: 100%.
3. Siapa yang boleh mengambil pelan PRUmy child plan?
Anda boleh mengambil pelan ini untuk bayi anda yang belum lahir seawal usia kandungan 18 minggu, atau untuk anak anda yang berumur di antara 1 - 18 tahun pada hari lahirnya yang berikut. Ibu bapa, yang mestilah berumur di antara 18 - 60 tahun, memiliki polisi ini dan boleh mengubahsuai polisi ini sebagaimana yang mereka rasa sesuai bagi manfaat anak.
* Jika anda tidak ingin menikmati Manfaat Penjagaan Anak / Manfaat Penjagaan Kehamilan, anda diberi pilihan untuk membeli PRUmy child selepas kelahiran anak anda.
4. Berapakah premium yang perlu saya bayar?
* Tertakluk kepada pengunderaitan.
Nota: PRUsaver kid atau PRUedusaver tidak boleh wujud bersama dalam pelan yang sama.
Peruntukan premium
Premium yang anda bayar diperuntukkan untuk membeli unit dalam dana PRUlink atau PRUlink education. Untuk maklumat lanjut mengenai dana ini, sila rujuk Lembaran Fakta Dana PRUlink atau PRUlink education.
Contoh:
Andaikan premium bulanan anda ialah RM200 untuk PRUmy child dan PRUsaver kid / PRUedusaver masing-masing; peruntukan premium anda adalah seperti berikut:
Anda dinasihatkan supaya membeli PRUsaver kid atau PRUedusaver yang membolehkan anda meningkatkan tahap pelaburan anda dengan bayaran serendah RM10 dan RM50 sebulan masing-masing, di mana 95% daripada premium akan dilaburkan ke dalam dana.
* Kadar peruntukan premium yang ditunjukkan di atas adalah untuk polisi dengan tempoh 20 tahun dan lebih. Bagi tempoh kurang daripada 20 tahun, peruntukan premium akan lebih tinggi.
** Sebelum ditolak caj perkhidmatan dan caj insurans.
Bayaran premium Premium boleh dibayar setiap tahun, setiap setengah tahun, setiap suku tahun atau setiap bulan melalui Auto Debit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.
5. Berapa lama saya perlu membayar premium?
Premium perlu dibayar sepanjang tempoh polisi sehingga tamat tempoh polisi. Apabila tamat tempoh mana-mana manfaat opsyenal atau tambahan, premium akan berkurangan sewajarnya*.
* Apabila tamat tempoh PRUsaver kid atau berakhirnya tempoh pengumpulan PRUedusaver, premium akan
diteruskan dan diperuntukkan sebagai premium PRUsaver. Anda juga boleh memaklumkan kepada Syarikat jika anda mengambil keputusan untuk berhenti membayar premium bagi PRUsaver.
6. Bagaimanakah saya boleh mempertingkatkan perlindungan pelan PRUmy child?
Dengan premium tambahan, anda boleh memperluaskan pelan PRUmy child melebihi pelan biasa, dengan melampirkan mana-mana manfaat opsyenal / tambahan yang akan menginsuranskan anak anda dan orang tersayang bagi kejadian yang tidak diduga:
Perlindungan Penyakit Kritikal
Menjaga anak anda sekiranya mereka disahkan menghidap penyakit kritikal, termasuk penyakit tertentu anak di bawah rider baru PRUessential child1 yang melindungi mereka sehingga umur 25 tahun hari lahir berikut.
Perlindungan Pendapatan
Dengan PRUfamily income dan PRUfamily double income yang baru, manfaat ini akan membayar pendapatan bulanan kepada keluarga untuk menolong menampung perbelanjaan sara hidup harian sekiranya ibu bapa anak mengalami TPD sebelum umur 70 tahun, meninggal dunia atau disahkan menghidap penyakit kritikal.
Perlindungan Pembayar
Membayar pelan anda sekiranya berlaku kematian (jika berkenaan), TPD sebelum umur 70 tahun atau penyakit kritikal.
Perlindungan Ibu Bapa
Dengan PRUterm (Ibu Bapa) dan Crisis Cover Plus (Ibu Bapa) yang baru, manfaat ini akan membayar jumlah sekali gus kepada Wakil Diri Sah Pemunya Polisi sekiranya ibu bapa yang diinsuranskan mengalami TPD sebelum umur 70 tahun, meninggal dunia atau disahkan menghidap penyakit kritikal (jika berkenaan).
Perlindungan Kemalangan
Perlindungan komprehensif untuk kecederaan akibat kemalangan.
Perlindungan Kesihatan dan Perubatan
Menguruskan bil perubatan utama sekiranya anak anda memerlukan pembedahan atau rawatan pesakit luar atau sekiranya dia dimasukkan ke hospital.
1 Lihat Lampiran untuk butir-butir lanjut.
7. Bagaimana saya hendak mula membina dana pendidikan anak saya?
Anda boleh melampirkan PRUsaver kid ataupun PRUedusaver di mana premium akan dilaburkan dalam siri dana PRUlink atau PRUlink education kami. Selain itu, anda juga boleh membuat pelaburan sekali sahaja melalui Tokokan ke atas PRUsaver kid atau Tokokan Pendidikan ke atas PRUedusaver. Kadar peruntukan bagi Tokokan dan Tokokan Pendidikan ialah 95%.
Nota: Jika anda melampirkan PRUedusaver, Tambah Nilai Pendidikan mesti dibayar sekurang-kurangnya 5
tahun (60 bulan) sebelum Tempoh Pembayaran dan semua bayaran premium mestilah terkini. Amaun minimum bagi tambah nilai ialah RM1,000. Tiada amaun maksimum.
8. Apakah perbezaan antara PRUsaver kid dan PRUedusaver?
Tujuan utama PRUsaver kid adalah untuk memperoleh kenaikan nilai modal, di mana anda boleh memilih dana-dana yang anda mahu melabur dalam siri dana PRUlink kami. Anda juga boleh menukar dana-dana yang anda melabur dari semasa ke semasa mengikut perubahan aspirasi anda dan anak anda. Pulangannya bergantung pada prestasi dana yang anda pilih dan oleh itu, pulangannya adalah tidak dijamin.
PRUedusaver* menyediakan jaminan modal minimum dalam bentuk Jaminan
Pendapatan Tahunan**. Premium yang dibayar akan dilaburkan dalam PRUlink education equity fund dan PRUlink education bond fund dalam perkadaran yang ditentukan oleh Syarikat dalam tempoh pengumpulan mengikut jadual berikut. Ia akan dilaraskan kepada campuran aset yang lebih terjamin bagi setiap bayaran premium apabila anak anda semakin menghampiri usia untuk memasuki pengajian tinggi.
Penyakit Tertentu Anak
PRUessential child (PEC) adalah Manfaat Opyenal yang membayar jumlah diinsuranskan
apabila anak disahkan menghidap penyakit tertentu. Manfaat ini akan berhenti apabila anak mencapai umur 25 tahun.
Penyakit tertentu berikut dilindungi di bawah PRUessential child:
• Asma teruk
• Leukemia
• Diabetes Melitus yang bergantung pada Insulin
• Demam reumatik dengan gangguan injap
• Penyakit Kawasaki dengan komplikasi jantung
• Artritis reumatoid juvenil teruk
• Glomerulonefritis dengan Sindrom Nefrotik
• Epilepsi teruk
• Kelemahan intelektual akibat penyakit atau kemalangan
Nota: Sila rujuk dokumen polisi untuk jumlah manfaat yang akan dibayar dan definisi setiap keadaan dan penyakit.
> Semua PRUlink dana dilaburkan dalam sekuriti diluluskan Shariah dan / atau sekuriti hutang swasta Islam.
Produk PRUlink bukanlah produk berlandaskan Shariah.
> Syarikat mempunyai hak untuk mengubah kadar premium dan caj (kecuali caj insurans untuk manfaat
Kematian dan TPD) pada ulang tahun polisi dengan memberi notis 90-hari terdahulu.
> Anda hendaklah menaksir kemampuan bayar dan kesesuaian produk (termasuk manfaat opsyenal)
berkaitan dengan matlamat kewangan dan selera risiko anda. Untuk berbuat demikian, kami syorkan anda
berbincang dengan ejen atau Perancang Kekayaan anda yang akan membuat analisis keperluan dan
membantu anda membuat keputusan termaklum.
> Perlindungan sehingga umur tamat tempoh adalah tertakluk kepada unit yang mencukupi untuk ditolak caj
insurans, caj perkhidmatan, caj jaminan (jika ada) dan caj pentadbiran (jika ada).
> Milik punya polisi akan berpindah secara automatik kepada anak apabila dia mencapai umur 25 tahun.
> Jika anda membatalkan polisi ini pada tahun-tahun permulaan, anda mungkin tidak dapat memperoleh nilai
sepenuhnya daripada amaun yang telah anda bayar. Berikutan penyerahan, pelbagai manfaat di bawah
pelan ini tidak berkuat kuasa.
> Tempoh membuat keputusan selama 15 hari diperuntukkan dari tarikh pengeluaran polisi anda untuk
membolehkan anda mengkaji sama ada polisi tersebut memenuhi keperluan anda. Sekiranya polisi ini
dibatalkan dalam tempoh tersebut, nilai unit (pada tarikh penentuan harga yang berikutan) berserta
premium belum diperuntukkan, caj perkhidmatan dan caj insurans selepas ditolak perbelanjaan perubatan
akan dipulangkan.
Tambahan lagi, sekiranya tokokan telah dilakukan, 5% daripada premium belum diperuntukkan ditolak perbelanjaan perubatan akan dipulangkan. Tokokan tidak dikenakan sebarang caj insurans.
> Risalah ini adalah bagi tujuan penjelasan sahaja. Anda dinasihatkan supaya merujuk kepada Lampiran
Pendedahan Produk Prudential dan ilustrasi jualan sebelum membeli sesuatu pelan, dan merujuk kepada
dokumen polisi anda untuk terma dan syarat yang lengkap.
> Premium tidak terbayar mungkin menyebabkan polisi ini ditamatkan.
> Risalah ini hendaklah digunakan bersama dengan Lembaran Fakta Dana PRUlink dan Lembaran Fakta
Dana PRUlink education (jika berkenaan).
> Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) mempunyai lesen di bawah Akta Insurans (1996) dan
dikawal atur oleh Bank Negara Malaysia (BNM).