Pruhealth


Kesihatan membuahkan ganjaran


   PRUhealth membolehkan anda menikmati:

   Sepintas Lalu:

> Perlindungan KOMPREHENSIF bagi bil-bil kemasukan ke hospital dan pembedahan
> BONUS TANPA TUNTUTAN
> Opsyen untuk MENGETEPIKAN had tuntutan tahunan
> PILIHAN pelan mengikut belanjawan anda
> Perlindungan sehingga umur 100 tahun



» Mengenai PRUhealth

1. Apakah PRUhealth?

PRUhealth ialah pelan rider perubatan dengan premium tetap yang membayar balik perbelanjaan perubatan besar yang dikenakan sekiranya berlaku kemasukan ke hospital, pembedahan atau rawatan pesakit luar. Pelan ini juga memberi ganjaran Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) kepada pemegang polisi yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun berkenaan.

2. Siapakah yang memerlukan pelan ini?
Pelan ini adalah untuk sesiapa yang berumur antara 1 – 70 tahun pada hari lahir yang berikutnya yang inginkan satu pelan yang menanggung perbelanjaan perubatan DAN membalas mereka dengan ganjaran apabila tetap sihat.

3. Bagaimanakah saya boleh membeli PRUhealth?
Anda boleh membeli PRUhealth apabila anda membeli polisi PRUlink assurance plan atau PRUmy child.

4. Bagaimanakah Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) memanfaatkan saya?
Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun berkenaan, Prudential akan memberi ganjaran Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) kepada anda dengan membeli unit tambahan begi pelaburan anda pada tahun berikutnya. Amaun bonus yang akan dibayar bergantung kepada pelan pilihan anda.

Jika anda telah membuat tuntutan, anda tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, anda akan menerima bonus bagi tahun-tahun seterusnya selagi tiada tuntutan dibuat.

Contoh mekanisme bonus, bagi seorang pemegang polisi lelaki berumur 30-tahun dengan pelan PRUhealth 200, tempoh tamat pada umur 70 tahun yang membayar premium tahunan sebanyak RM1,032:



5. Bagaimanakah saya boleh mempertingkatkan perlindungan pelan PRUhealth saya?
Anda boleh membuat tuntutan lebih tinggi daripada had tahunan anda dengan menambah

PRUannual limit waiver – iaitu pelan rider yang akan mengetepikan had tahunan pelan PRUhealth anda. Ini akan memastikan anda terlindung terhadap sebarang tuntutan perubatan tinggi yang berada di luar jangkaan dalam satu tahun polisi. PRUannual limit waiver hanya boleh dilampirkan kepada pelan PRUhealth 200, 300 dan 400 (tertakluk kepada premium tambahan). Apabila PRUannual limit waiver dilampirkan, amaun tuntutan melebihi had tahunan keseluruhan akan tertakluk kepada amaun koinsurans sebanyak 10%.

6. Berapakah premium yang perlu saya bayar?
Premium yang anda bayar untuk pelan PRUhealth ditentukan oleh umur, kelas pekerjaan anda dan jenis pelan, tertakluk kepada pengunderaitan. Premium akan dibayar sepanjang tempoh pelan.
(Sila rujuk Lampiran untuk Kadar Premium)

Bayaran Premium
Premium boleh dibayar setiap tahun, setengah tahun, suku tahun atau bulanan melalui Auto Debit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.

7. Bagaimanakah PRUhealth membayar rawatan perubatan di luar negara?
Jika anda menerima rawatan perubatan di luar negara, manfaat dibayar mengikut kos rawatan yang berpatutan dengan bayaran yang biasanya dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara untuk lebih daripada 90 hari setiap perjalanan.

Ataupun pihak kami akan membawa anda pulang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan dengan kos perjalanan ditanggung oleh pihak Prudential.


Pengecualian

PRUhealth tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau caj yang diakibatkan, secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian, oleh manamana satu (1) kejadian di bawah:

1. Penyakit pra-wujud.

2. Penyakit-penyakit Khusus yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama perlindungan berterusan terhadap:
a. Penyakit tekanan darah tinggi, diabetes melitus dan kardiovaskular
b. Semua ketumbuhan, kanser, sista, nodul, polip, batu karang di dalam sistem kencing dan hempedu
c. Semua keadaan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d. Hernia, hemoroid (buasir), fistula, hidroselom, varikoselom
e. Endometriosis termasuk penyakit yang melibatkan sistem peranakan
f. Gangguan tulang belakang (termasuk ceper) dan keadaan lutut

3. Sebarang keadaan perubatan atau fizikal atau keadaan perubatan neonatal atau fizikal termasuk trauma kelahiran (suatu kecederaan fizikal yang dialami oleh bayi semasa dilahirkan atau kejutan psikologi yang dialami oleh bayi semasa dilahirkan) yang berlaku dalam tempoh masa 30 hari pertama perlindungan Hayat Diinsuranskan, tarikah pengembalian semula polisi atau tarikh lahir, yang mana terbaru, kecuali kecederaan akibat kemalangan yang berlaku di luar masa kelahiran Hayat Diinsuranskan.

4. Pembedahan plastik / kosmetik, pengkhatanan, pemeriksaan mata, kanta mata dan pembiasan atau pembedahan pembetulan rabun dekat (sinaran keratotomi) dan penggunaan atau pembelian peralatan tiruan anggota luar badan seperti kaki atau tangan palsu, alat bantuan pendengaran, implantasi alat elektrik yang merangsang denyutan jantung dan preskripsi ubat-ubatan yang berkaitan.

5. Keadaan berkaitan pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan mulut kecuali yang diperlukan berikutan Kecederaan akibat Kemalangan ke atas gigi asli sempurna yang berlaku secara keseluruhannya dalam Tempoh Insurans.

6. Kejururawatan peribadi (kecuali untuk Manfaat Penjagaan Jururawat di Rumah), rehatpulih atau penjagaan kebersihan, ubat-ubatan yang tidak dibenarkan, kemabukan, pemandulan, penyakit kelamin dan sebarang komplikasi yang timbul daripadanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan sebarang penyakit yang mudah berjangkit yang perlu dikuarantin di bawah undang-undang.

7. Sebarang rawatan atau pembedahan bagi penyakit kongenital dan sebarang kecacatan fizikal sejak lahir yang timbul daripadanya termasuk keadaan daripada keturunan.

8. Kehamilan, kelahiran (termasuk bersalin melalui pembedahan), keguguran dan pengguguran serta rawatan dan pembedahan sebelum atau selepas kelahiran,cara-cara kontraseptif mekanikal atau kimia bagi mengawal kelahiran atau rawatan berkaitan kemandulan. Alat kelamin tidak berfungsi dan ujian atau rawatan berkaitan ketidaksuburan atau pemandulan.

9. Kemasukan ke hospital hanya untuk tujuan pemeriksaan, diagnosis, pemeriksaan sinaran-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, yang tiada kaitan dengan rawatan atau diagnosis bagi Ketidakupayaan yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak Diperlukan dari segi Perubatan dan sebarang rawatan, ubat-ubatan atau pemeriksaan bersifat pencegahan yang dilakukan oleh Pakar Perubatan, dan rawatan yang dikhususkan untuk pengurangan dan penambahan berat badan.

10. Membunuh diri atau percubaan untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja ketika siuman atau tidak siuman.

11. Peperangan atau sebarang tindakan berbentuk peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, kegiatan jenayah atau keganasan, tugasan aktif dalam mana-mana pasukan ketenteraan, penyertaan langsung dalam kegiatan mogok, rusuhan dan keriuhan ketenteraman awam atau pemberontakan.

12. Penyebaran ionik atau pencemaran radioaktiviti daripada sebarang bahan bakar atau buangan nuklear berikutan proses pembelahan nuklear atau daripada sebarang bahan senjata nuklear.

13. Perbelanjaan untuk mendermakan mana-mana anggota badan oleh Hayat Diinsuranskan dan kos pembelian organ badan termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika melakukan pemindahan organ dan komplikasinya.

14. Pemeriksaan dan rawatan untuk gangguan tidur dan dengkuran, terapi penggantian hormon dan terapi alternatif seperti rawatan, perkhidmatan atau pemberian perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, acupressure, refleksologi, penetapan-tulang, rawatan herba, pengurutan atau aroma terapi atau rawatan alternatif yang lain.

15. Penjagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau di mana ia dibiayai oleh pihak insurans lain atau pampasan melindungi Orang yang Diinsuranskan dan Ketidakupayaan yang timbul ketika melaksanakan tugas atau pekerjaan pakar yang dibiayai di bawah Akta Insurans Pampasan Pekerja.

16. Psikotik, gangguan mental atau saraf (termasuk sebarang sakit saraf dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik).

17. Kos / perbelanjaan perkhidmatan bukan bersifat perubatan, seperti televisyen, telefon, perkhidmatan teleks, radio atau kemudahan seumpama, kit / pek kemasukan dan bahan-bahan bukan perubatan lain yang tidak layak.

18. Kesakitan atau Kecederaan yang berpunca daripada sebarang jenis perlumbaan (kecuali lumba kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, ski air, aktiviti selam air yang memerlukan alat kelengkapan pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

19. Penerbangan persendirian selain daripada sebagai penumpang berbayar di dalam penerbangan komersial berjadual yang berlesen untuk membawa penumpang mengikut laluan yang ditetapkan.

20. Perbelanjaan untuk penukaran jantina.